SEJARAH PENUBUHAN
Pusat Sumber SMPK Vokasional Indahpura terletak di Blok Pentadbiran aras 2 yang terdiri daripada Perpustakaan/ Bilik Tayang/ Bilik Kerja dan Bilik Rakaman.
Pusat Sumber ini merupakan lanjutan kepada perpustakaan tradisional. Oleh itu bahan-bahannya meliputi buku-buku dan juga bahan bukan buku. Bahan bukan buku termasuk 'software' dan 'hardware'.
Dalam pengurusan bahan, Sistem Pengelasan Dewey digunakan untuk pengkelasan bahan buku dan bahan bukan buku. SMPKV Indahpura mempunyai tiga kategori kumpulan murid iaitu kumpulan Bermasalah Pendengaran, Bermasalah Penglihatan dan Bermasalah Pembelajaran. Bahan yang sedia ada juga bersesuaian dengan mereka.
Bahan-bahan yang ada di PSS bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) iaitu rujukan, Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Alat Pandang Dengar (APD). BBM dan APD bagi murid masalah penglihatan juga terdapat di PSS seperti CCTV dan Imbosser.
Terdapat juga bahan bacaan akademik dan bahan bacaan tambahan bagi menambah pengetahuan murid-murid SMPKV Indahpura.
Pusat Sumber Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 2004 bersamaan tahun pembukaan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura oleh BahagianPendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

PENGURUSAN PUSAT SUMBER
Pusat Sumber Sekolah adalah satu pusat di mana terkumpulnya pelbagai bahan media pendidikan yang telah diklasifikasikan, dikatalog dan disusun atur untuk kemudahan guru dan murid.
Ia juga merupakan satu kemudahan di mana guru dapat berkumpul untuk berbincang, memilih, merencana, menghasil, menerbit, mengedar dan seterusnya menggunakan alat dan bahan pengajaran dengan pertimbangan untuk menambah kecekapan guru demi meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran.
Secara amnya, Pusat Sumber adalah pusat pengumpulan dan penyebaran pelbagai maklumat yang diurus secara sistematik untuk memberi pelbagai kemudahan dan perkhidmatan bagi tercapainya matlamat pendidikan yang berkesan dan bermutu.
PENGURUSAN PUSAT SUMBER SMPK VOKASIONAL INDAHPURA TERBAHAGI KEPADA EMPAT IAITU :
1. AHLI JAWATANKUASA INDUK
2. AHLI JAWATANKUASA KERJA
3. AHLI JAWATAN KUASA NILAM
4. PENGAWAS PUSAT SUMBER

PERATURAN PUSAT SUMBER
Dilarang membawa masuk beg, fail, buku, dan makanan termasuk Buku Rujukan kepunyaan sendiri.
Semasa berada di Pusat Sumber, murid dilarang membuat bising, makan, minum atau berkelakuan tidak sopan.
Murid dikehendaki berpakaian seragam sekolah atau kokurikulum ketika berada di Pusat Sumber.
Murid DILARANG masuk ke Bilik Tayangan, stor, dan bilik penyelaras tanpa kebenaran.
Pinjaman buku di rak terbuka terhad 2 buah sahaja bagi setiap kali pinjaman.Tempoh pinjaman adalah 7 hari.
Pinjaman buku bertanda merah hanya sebuah sahaja dan hendaklah dipulangkan pada waktu rehat pada hari berikutnya.
Buku bertanda kuning tidak boleh dipinjam tetapi boleh digunakan untuk rujukan di Pusat Sumber
Buku-buku dari rak terbuka, bertanda kuning atau merah tidak bolek dibawa keluar dari bilik yang telah ditetapkan.
Sekiranya lewat memulangkan buku akan dikenakan DENDA seperti berikut:
Bagi buku di rak : RM 0.10 sehari.
Bagi buku bertanda merah : RM0.20 sehari.
Jika buku yang dipinjam HILANG, peminjamnya mesti menggantikannya atau membayar balik harga buku tersebut dan menjelaskan denda lewat sekiranya ada.
Selepas menggunakan mana-mana bilik di Pusat Sumber, sila pastikan tiada sampah ditinggalkan, meja dan kerusi disusun rapi, papan tulis dibersihkan dan matikan suis lampu dan kipas.
Murid yang tidak mematuhi peraturan Pusat Sumber boleh dikenakan tindakan.

PROGRAM NILAM
NILAM bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca. NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Usaha memupuk budaya membaca di kalangan murid-murid Pendidikan Khas perlu diberi tumpuan. Sedikit sebanyak bahan bacaan yang dibaca boleh dijadikan pengalaman dan pengajaran serta untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
Tiga kumpulan sasaran murid di SMPK Vokasional Indahpura ini ialah :
Murid Masalah Pembelajaran
Murid Masalah Pendengaran
Murid Masalah Penglihatan
Jumlah Bacaan/Buku Pengiktirafan Tahap Jauhari Kategori Murid Pendidikan Khas iaitu :
15-29 : Gangsa
30-44 : Perak
45-59 : Emas
60 – ke atas : NILAM

Sunday, February 16, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)